
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan memalukan selebriti tempatan yang disenaraikan dalam kempen Blockout 2024.
Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Taruddin, 45, berkata, andai mahu menegur haruslah beradab seiring dengan tujuan kempen tersebut dilakukan.
“Tidak baguslah cara tersebut. Agama Islam ajar jika mahu mengajar atau menegur orang mestilah beradab.
“Kalau tidak suka diam. Boleh buat sesuatu (Blockout 2024) tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.



