Blogger kontroversi Murray Hunter ditahan di Bangkok

WorldPolitics
29 Sep 2025 • 4:06 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pengulas politik dan blogger kontroversi, Murray Hunter ditahan pihak berkuasa Thailand pagi tadi atas dakwaan memuat naik perkongsian berunsur fitnah di media sosial.

Beliau memaklumkan ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada jam 7.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan meninggalkan negara itu ke Hong Kong.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di Thailand,” katanya lapor FMT.

Seorang pegawai imigresen Thailand mengesahkan, Hunter ditahan berdasarkan waran dikeluarkan mahkamah jenayah selatan Bangkok.

Butiran lanjut dakwaan itu masih belum diperolehi.

Hunter dijangka dipindahkan ke Balai Polis Yannawa di Bangkok, di mana pegawai bertanggungjawab atas kes itu akan mengambil alih siasatan dan menyediakan dokumen untuk mahkamah.

Warga Australia itu adalah pemastautin Malaysia yang kini menetap di Thailand. Beliau terkenal dengan penulisan kritikalnya mengenai senario politik negara.

Murray merupakan bekas pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) namun sudah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos, 2015. - 29 September, 2025

The post Blogger kontroversi Murray Hunter ditahan di Bangkok appeared first on Scoop.