
Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin, disahkan telah meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun, lapor Astro Awani.
Berita duka pemergian Allahyarham dikongsikan oleh adiknya kepada portal berita FMT.
“Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK,” katanya dalam mesej ringkas kepada FMT.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.
Beliau merupakan pengendali laman web Malaysia Today yang sering menyiarkan ulasan serta artikel berkaitan politik Malaysia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham menetap di Manchester.
Beliau terus aktif dalam penulisan dan menyuarakan pendapatnya mengenai politik Malaysia melalui platform digital walaupun dari luar negara.
Sumber: Astro Awani
The post Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

