Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia Di Manchester

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 9:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Raja Petra Kamarudin yang juga seorang penulis blog terkenal dilaporkan telah meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) semalam (9 September).

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) pemergian Raja Petra turut disahkan oleh adiknya sendiri iaitu Raja Idris pada pagi tadi (10 September).

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin, 9 September di Manchester, UK,” ujarnya dalam satu mesej ringkas.

Dikenali dengan nama RPK, hembuskan nafas usia 74 tahun

Penulis blog itu turut dikenali dengan nama singakatannya iaitu RPK, beliau dilahirkan pada 27 Sept 1950 dan menghembuskan nafas pada usia 74 tahun.

Sebagai info, beliau juga pengendali laman web Malaysia Today yang menerbitkan ulasan serta artikel berkaitan politik Malaysia.

Meskipun sudah beberapa tahun menetap di Manchester namun beliau masih aktif menulis bagi menyuarakan pendapatnya tentang politik di negara ini menerusi media sosial.

Source: