Blok Asrama Sekolah Bina Insan Terbakar

LocalPolitics
6 Nov 2024 • 12:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Blok Asrama Sekolah Bina Insan Terbakar

Satu kejadian kebakaran dilaporkan telah berlaku di sebuah blok asrama di Sekolah Bina Insan, Puchong, pada Rabu.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 5.23 pagi.

Sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan bangunan asrama kelas A.

“Kebakaran berlaku di tingkat dua dan menyebabkan kerosakan 50 peratus pada struktur bangunan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan kepada mana-mana pelajar.

Tambah beliau, punca kejadian kini masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian