Blok rumah pekerja estet terbakar

8 Sep 2022 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Sebuah blok empat pintu yang didiami pekerja estet di Ladang kelapa sawit Winsome Harvest Palm Oil Mill, di Jalan Kunak - Semporna di sini musnah dalam kebakaran, awal Rabu.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Kunak, Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.47 pagi menerusi talian MERS 999.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diketuai PBK II Rosman Gari bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 23 kilometer dari Balai Bomba di sini,” katanya.

Operasi turut dibantu sebuah jentera FRT dari JBPM Semporna.

Premis itu terbakar 90 peratus.

“Api dapat dikawal pda jam 3.38 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.48 pagi,” katanya.

Punca kejadian serta jumlah kerugian dalam siasatan, katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.