Bloomberg Dakwa Indonesia Buka Pintu ‘Wang Haram’ Demi Biayai Perancangan Prabowo

WorldBusiness & Finance
26 Jun 2026 • 4:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bloomberg Dakwa Indonesia Buka Pintu ‘Wang Haram’ Demi Biayai Perancangan Prabowo

Indonesia memperkenalkan perlindungan undang-undang baharu kepada pelabur yang membeli bon melalui dana kekayaan negaranya, Danantara. Langkah itu bertujuan menarik lebih banyak modal domestik bagi membiayai projek-projek utama Presiden Prabowo Subianto.

Menerusi undang-undang baharu, pembelian bon Danantara tidak boleh disiasat di bawah kes jenayah, sivil atau cukai. Malah, rekod pembelian bon tersebut juga tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah atau untuk tujuan penilaian cukai.

Kerajaan berharap perlindungan ini dapat menggalakkan individu dan syarikat membawa masuk semula dana yang sebelum ini disimpan di luar negara.

Namun, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa kelonggaran tersebut berisiko menarik wang yang tidak jelas asal usulnya dan boleh menjejaskan reputasi Indonesia di mata pelabur antarabangsa.

Danantara, yang menguruskan aset negara bernilai sekitar AS$900 bilion, kini menjadi antara instrumen utama kerajaan untuk membiayai pembangunan tanpa meningkatkan defisit fiskal. Indonesia juga berdepan cabaran meningkatkan kutipan cukai, yang masih rendah berbanding saiz ekonominya.

Walaupun begitu, Danantara menegaskan semua pelaburan tetap tertakluk kepada prosedur pematuhan yang ketat dan menolak dakwaan bahawa dana itu digunakan untuk menarik wang daripada sumber yang meragukan. Agensi perisikan kewangan Indonesia turut menyatakan undang-undang tersebut tidak meningkatkan risiko pengubahan wang haram.

Langkah ini mengingatkan kepada program pengampunan cukai Indonesia pada 2016 dan 2022 yang berjaya mendedahkan ratusan bilion dolar aset, namun gagal mencapai sasaran membawa pulang dana dan meningkatkan kutipan cukai seperti yang diharapkan kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved