Bluesky Akan Menawarkan Langganan Penghujung Tahun Ini

TechnologyDigital
4 Dec 2024 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluesky akan mula menawarkan pelan langganan bermula penghujung tahun ini menurut COO syarikat Rose Wang dalam temuramah bersama Bloomberg. Menerusi langganan pengguna boleh menyokong platform alternatif kepada X ini dan pada waktu yang sama menerima kelebihan seperti memuat naik video lebih panjang dan kustomasi ikon.

image is not available

Wang menambah langganan tidak akan digunakan untuk menghalang ciri asas laman daripada diakses pengguna berbayar sahaja dan memberikan prioriti kepada ciapan yang dihantar seperti yang dilakukan oleh X Premium ketika ini.

Selepas usai pilihanraya presiden Amerika Syarikat, Bluesky kini mempunyai 10 juta pengguna daripada Amerika Syarikat yang merupakan peratusan terbesar sekitar 21 juta akaun berdaftar setakat ini.