Bluesky Dikemaskini Dengan Ciri Draf Hantaran

TechnologyDigital
10 Feb 2026 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pihak pembangun disebalik aplikasi media sosial Bluesky baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mempunyai 42 juta pengguna berdaftar, dan tidak lama selepas itu, telah memperkenalkan versi v1.116 yang memperlihatkan sebuah pengenalan satu ciri baru.

image is not available

Ciri tersebut merupakan ciri Draft, dimana pengguna boleh menulis hantaran dan menyimpannya untuk disunting ataupun dihantar kemudian. Mengakses fungsi ini juga dilihat cukup mudah sekali. Pengguna hanya perlu menulis hantaran yang dimahukan, dan apabila mereka cuba keluar dari menu menyunting teks, mereka akan diberi pilihan untuk memadamkan hantaran tersebut atau menghantarnya ke draf.

Fungsi ini juga boleh menyimpan gambar-gambar yang dipautkan, dan akan dipaparkan sejurus selepas draf berkenaan dipilih untuk disunting ataupun dihantarkan terus.

Bluesky mengatakan bahawa mereka akan terus memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri baru untuk memperbaiki pengalaman menggunakan platform media sosial tersebut.

v1.116 is rolling out now!For all the overthinkers and perfectionists out there, we're launching Drafts.

Bluesky (@bsky.app) 2026-02-09T20:21:49.929Z
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved