BlueSky Kini Mempunyai 30 Juta Pengguna Berdaftar

TechnologyDigital
30 Jan 2025 • 9:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Threads yang berkongsi pencapaian dengan mengumumkan sekitar 320 juta pengguna menggunakan platform tersebut secara aktif setiap bulan, kini BlueSky turut menyambut pencapaian mereka tersendiri.

Hari ini, Bluesky telah mencapai angka 30 juta pengguna berdaftar, sekaligus memperlihatkan peningkatan secara positif dari hari ke hari. BlueSky dimulakan sebagai projek dalaman Twitter, sebelum ia diasingkan. Ia memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan seumpama Twitter, tetapi dengan integrasi teknologi terpencar bagi memudahkan pengguna beralih perkhidmatan tanpa kehilangan kandungan.

Dengan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Elon Musk pada X, ada sejumlah pengguna tidak mengemarinya, dan telah mula beralih ke platform lain, termasuk yang menjadi pilihan adalah Bluesky.

Selain BlueSky, terdapat beberapa platform alternatif lain, dan salah satu yang dibangunkan tempatan adalah Daun.

this is how it feels to reach 30 MILLION users!!!

Bluesky (@bsky.app) 2025-01-29T04:20:55.707Z