Spotify Telah Membayar $10 Bilion Untuk Industri Muzik Pada 2024

TechnologyDigital
29 Jan 2025 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify hari ini berkongsi pencapaian terbaharu mereka, dimana sepanjang 2024 yang lepas, mereka telah membayar $10 bilion untuk industri muzik, sekaligus membuatkan Spotify kini menyumbang satu per tiga daripada pendapatan rakaman muzik global.

Dengan angka terbaru ini, sehingga kini Spotify telah membayar sekitar $60 bilion untuk industri muzik. Spotify mengatakan, sekitar 10 tahun dahulu, iaitu pada 2014, mereka ketika itu membayar $1 bilion, dan mempunyai 15 juta pelanggan berbayar ketika itu. Sejak daripada itu, Spotify kini telah berkembang pesat.

image is not available

Daripada angka ini juga, Spotify berkongsi lebih 10,000 artis yang menjana pendapatan lebih $100,000 setahun melalui Spotify sahaja.

Bergerak ke hadapan, Spotify mengatakan mencapai 1 bilion pelanggan berbayar pada pelbagai perkhidmatan penstriman, sekaligus membawa kepada perkembangan arena muzik sendiri, dan membantu artis menjana lebih pendapatan melalui karya masing-masing, disamping capaian lebih meluas dengan mudah.