Bluesky Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna – Platform Sosial Alternatif Untuk Twitter

TechnologyDigital
17 Nov 2023 • 2:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluesky merupakan salah satu platform media sosial seumpama Twitter, yang turut mempunyai sokongan Jack Dorsey. Ia masih ditawarkan dalam bentuk beta tertutup dan memerlukan pengguna mempunyai jemputan sebelum boleh menggunakannya.

image is not available

Terbaru, pihak Bluesky berkongsi menyatakan mereka kini mempunyai lebih 2 juta pengguna pada platform mereka. Bluesky dilihat menggandakan pengguna mereka selepas mencapai angka 1 juta sekitar September 2023 lepas.

Bluesky juga menerapkan objektif untuk menjadi media sosial terbuka, dan menyokong protokol AT – sekaligus membolehkan pihak lain turut membangunkan dan menyokong protokol berkenaan.

Dengan perkongsian pencapaian 2 juta pengguna ini, Bluesky kini turut menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka di web pada bulan ini secara terbuka dan bukan dalam bentuk beta lagi.

Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bilakah Bluesky akan dibuka kepada umum secara terbuka tanpa sebarang jemputan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved