BMH: Inisiatif Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar

LocalEnvironment
27 Jul 2026 • 1:06 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bagi mereka yang menjadi mangsa serangan hidupan liar, kerajaan menerusi Jabatan PERHILITAN mempunyai bantuan untuk membantu meringankan beban mangsa atau waris yang terkesan akibat serangan hidupan liar melalui Inisiatif Mangsa Serangan Hidupan Liar (BMH) yang boleh dipohon menerusi borang permohonan yang disediakan.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.

Image from: BMH: Inisiatif Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar

Mengenai Inisiatif Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar

BMH adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada mangsa atau waris mangsa yang mengalami kecederaan atau kematian akibat serangan hidupan liar yang dilindungi.

Ianya merupakan bantuan kewangan secara one-off yang diberikan kepada mangsa atau waris
kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau meninggal dunia akibat serangan
hidupan liar.

Dengan adanya inisiatif ini, ia dapat meringankan beban mangsa atau waris mangsa terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada ancaman hidupan liar.

Jenis Bantuan

Jenis bantuan yang disediakan bagi inisiatif bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pesakit Luar: RM100 (one-off)
  • Rawatan di Wad: RM200/hari (Maksimum RM3,000)
  • Rawatan di ICU: RM200/hari (Maksimum RM3,000)
  • Kematian: RM3,000 (one-off)

Tempoh Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secepat mungkin selepas kejadian dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan PERHILITAN.

Bagi kes kecederaan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan bantuan ini dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari daripada:

  • Tarikh kejadian serangan hidupan liar berlaku; atau (bagi pesakit luar)
  • Tarikh laporan perubatan hospital/klinik kerajaan/swasta; atau (bagi rawatan di wad/ICU)
  • Tarikh discaj daripada hospital (bagi rawatan di wad/ICU)

Bagi kes kematian, waris mangsa hendaklah mengemukakan permohonan BMH dalam tempoh selewat-lewatnya 90 hari daripada tarikh sijil kematian yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan asas pemohon adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Mangsa/waris kepada mangsa yang cedera atau meninggal dunia akibat serangan hidupan liar atau hidupan akuatik yang disahkan oleh Jabatan PERHILITAN daerah atau Jabatan Perikanan Daerah.

    Individu Tidak Layak Memohon

    Permohonan tidak dipertimbangkan bagi:

    • Individu yang menjalankan aktiviti di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kawasan perlindungan, zon konservasi atau taman laut yang diwartakan termasuk tanah Kerajaan tanpa kebenaraan (kecuali Orang Asli/ Asal).
    • Serangan hidupan liar yang berpunca daripada tindakan mangsa menganggu, memprovokasi atau mencederakan hidupan liar.
    • Kecederaan/ kematian akibat percubaan mencederakan diri sendiri dengan sengaja menggunakan hidupan liar.
    • Pemilik, pekerja, penghuni dan pengunjung atau tetamu premis yang memelihara hidupan liar.
    • Anggota Agensi Penyelamat/ Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang melaksanakan tugas rasmi sewaktu bertugas.

    Cara Memohon

    Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

    1- LAPORAN POLIS & PERUBATAN
    Pemohon wajib mengemukakan laporan polis & laporan perubatan/ nota keluar wad (jika berkaitan).

    2- ISI BORANG PERMOHONAN
    Pemohon mengisi borang permohonan & borang pengesahan perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan berdaftar.

    BORANG-PERMOHONAN-BANTUAN-MANGSA-SERANGAN-HIDUPAN-LIAR_BMH-2026Download

    3- PENYERAHAN BORANG LENGKAP
    Dokumen lengkap hendaklah dihantar kepada Pejabat PERHILITAN Daerah atau Pejabat Perikanan Daerah yang terdekat.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Salinan kad pengenalan mangsa.
    • Laporan polis.
    • Laporan perubatan atau laporan hospital/ nota keluar wad.
    • Gambar kejadian atau kecederaan.
    • Dokumen waris bagi kes kematian.
    • Borang permohonan yang lengkap.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan sebagai Inisiatif Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar (BMH)?

    BMH merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada mangsa atau waris mangsa yang mengalami kecederaan atau kematian akibat serangan hidupan liar yang dilindungi.

    Apakah jenis bantuan yang disediakan?

    – Pesakit Luar: RM100 (one-off)
    – Rawatan di Wad: RM200/hari (Maksimum RM3,000)
    – Rawatan di ICU: RM200/hari (Maksimum RM3,000)
    – Kematian: RM3,000 (one-off)

    Siapakah yang layak memohon BMH?

    Warganegara Malaysia dan mangsa/waris kepada mangsa yang cedera atau meninggal dunia akibat serangan hidupan liar atau hidupan akuatik yang disahkan oleh Jabatan PERHILITAN daerah atau Jabatan Perikanan Daerah.

    Berapakah tempoh masa untuk membuat permohonan?

    Untuk kes kecederaan, permohonan bantuan ini dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari manakala untuk kes kematian, permohonan hendaklah selewat-lewatnya 90 hari daripada tarikh sijil kematian yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara.

    Siapakah yang tidak layak untuk memohon bantuan ini?

    – Individu yang menjalankan aktiviti di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kawasan perlindungan, zon konservasi atau taman laut yang diwartakan termasuk tanah Kerajaan tanpa kebenaraan (kecuali Orang Asli/ Asal).
    – Serangan hidupan liar yang berpunca daripada tindakan mangsa menganggu, memprovokasi atau mencederakan hidupan liar.
    – Kecederaan/ kematian akibat percubaan mencederakan diri sendiri dengan sengaja menggunakan hidupan liar.
    – Pemilik, pekerja, penghuni dan pengunjung atau tetamu premis yang memelihara hidupan liar.
    – Anggota Agensi Penyelamat/ Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang melaksanakan tugas rasmi sewaktu bertugas.

    Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

    – Salinan kad pengenalan mangsa.
    – Laporan polis.
    – Laporan perubatan atau laporan hospital/ nota keluar wad.
    – Gambar kejadian atau kecederaan.
    – Dokumen waris bagi kes kematian.
    – Borang permohonan yang lengkap.

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://www.wildlife.gov.my/2026/07/09/inisiatif-bantuan-mangsa-serangan-hidpuan-liar-bmh/.

    Baca juga: Volunteer Zoo Melaka: Peluang Rasai Pengalaman Sebenar Sebagai Penjaga Haiwan

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved