BMW Dijual Lebih Banyak EV Di Eropah Berbanding Tesla

TechnologyCars
26 Aug 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, buat julung kalinya BMW telah mengatasi jualan kenderaan elektrik di Eropah sekali gus berjaya menewaskan Tesla.

Ini kerana pada Julai lalu, BMW telah membuat penghantaran sebanyak 14,869 unit BEVs, dan ini menandakan peningkatan jualan tahun ke tahun sebanyak 35% berbanding tahun lalu.

Antara model BMW yang menyumbang kepada jualan ialah SUV iX1 EV (4,305 unit) dan kereta saloon i4 Gran Coupe EV (4,198 unit).

image is not availableimage is not available

Bagi yang tidak tahu, kedua-dua model itu berada di kedudukan keenam dan ketujuh untuk kedudukan model EV yang paling laris.

Walaupun bukan berada di tempat jualan yang teratas, nampaknya Tesla masih mengekalkan kedudukannya sebagai model EV paling laris di Eropah.

Ia berikutan daripada kejayaan Tesla dalam membuat penghantaran sebanyak 9,544 unit Model Y hanya untuk bulan Julai lepas.

image is not available

Tempat kedua pula dipegang oleh SUV elektrik Volvo EX30, manakala tempat ketiga, pula milik Volkswagen ID.4 dan akhir sekali ialah Tesla Model 3.

Di sebalik data itu, walaupun BMW mendakwa pihaknya berada di tempat teratas untuk jualan EV di Eropah, namun jumlah jualan BEV di benua itu menurun sebanyak 6% pada bulan lepas,

Berdasarkan statistik, sejumlah 139,300 EV didaftarkan pada Julai 2024, sekali gus mengurangkan pegangan saham kepada 13.5%

Sementara itu, menurut data yang diterbitkan oleh JATO Dynamics, Eropah menyaksikan jualan kereta sebanyak 1.03 juta pada Julai 2024, dimana ia menandakan peningkatan 2% daripada tahun sebelumnya.