Oppo Find X8 Dikatakan Muncul Dalam Imej Sebenar

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 11:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Oppo Find X8 dijangka akan diperkenalkan awal tahun 2025 dengan peningkatan lebih baik. Pelbagai spekulasi awal mengenai peranti turut telah didengari termasuklah versi ultra yang dikatakan lebih nipis berbanding pendahulunya. Pada masa yang sama peranti itu juga boleh memuatkan bateri lebih besar dengan kapasiti 6000mAh.

image is not available

Untuk kali ini giliran Oppo Find X8 standard pula dikatakan muncul dalam imej sebenar yang menunjukkan sebahagian kecil pada panel belakang. Peranti dilihat menggunakan tubuh dengan bingkai bingkai rata dan modul kamera yang direkasemula. Ia agak jauh berbeza dengan beberapa generasi sebelum yang dilengkapi tubuh serba melengkung pada bahagian depan dan belakang.

image is not available
Oppo Find X7 Ultra

Tiada butiran mengenai spesifikasi buat masa ini tetapi kita boleh menjangkakan beberapa penambahbaikan berbanding Find X7. Misalnya seperti gabungan sistem kamera serba boleh yang termasuk kegunaan untuk periskop. Kemudian sepatutnya juga menawarkan prestasi lebih baik melalui cip yang berkuasa dan bateri lebih besar.