BN lebih untung di Perak jika kerjasama dengan PH

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 2:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BN lebih untung di Perak jika kerjasama dengan PH

KUALA KANGSAR: Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutama dari segi pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) di negeri Perak akan datang.

Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri melihat peluang BN untuk mendapatkan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih mencabar jika mereka bekerjasama dengan Pas dan Parti Wawasan Negara.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) kini menguasai 26 DUN sejak PRU-15 dan baginya kesemua kerusi itu merupakan potensi buat BN yang mungkin sukar dilepaskan oleh Pas serta gabungan PN yang lain.

“Gabungan dengan kami (PH) lebih menguntungkan BN. Kerana BN mampu bertanding sehingga 26 kerusi.

“Sekarang BN ada sembilan. Mungkin agihan kerusi mereka boleh bertambah enam jadi 15 sahaja melalui kerjasama dengan PN,” katanya pada majlis doa selamat sempena pemilihannya sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator pada awal bulan ini baru-baru ini.

Ketika ini, daripada 59 DUN di Perak, 26 dikuasai PN, 24 oleh PH manakala BN hanya sembilan.

Mengenai kemungkinan BN tidak akan bekerjasama dengan PH, Mohamad Hairul Amir berkata perkara itu juga berada dalam perkiraan PKR dan partinya serta PH tidak menolak kemungkinan untuk bertanding solo.

“Sebaik sahaja pilihan raya yang lalu, kita sudah bekerja dan membuat persediaan. Kita juga ada menetapkan beberapa sasaran kerusi DUN dan Parlimen tumpuan. Kita bersedia walaupun bertanding secara solo,” katanya. – UTUSAN

The post BN lebih untung di Perak jika kerjasama dengan PH appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved