BN menang besar PRN Johor: ‘PH tak mungkin bohong, jadi Najib bebas tak hari ini? Pukul berapa?’

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 12:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini mengaitkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Najib mempersoalkan dakwaan tersebut yang dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa PRN Johor diadakan semata-mata demi membebaskan bekas perdana menteri itu.

“Rasanya PH tak mungkin bohong pada rakyat Johor. Bahawa BN (Barisan Nasional) menang besar di Johor, Najib bebas.
“Jadi, Najib bebas hari ini tak? Sekitar pukul berapa?” katanya menerusi hantaran tersebut.

Image from: BN menang besar PRN Johor: ‘PH tak mungkin bohong, jadi Najib bebas tak hari ini? Pukul berapa?’

Hantaran itu mendapat perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 18,000 tanda suka, 1,300 komen serta lebih 600 perkongsian dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung hantaran berkenaan.

Image from: BN menang besar PRN Johor: ‘PH tak mungkin bohong, jadi Najib bebas tak hari ini? Pukul berapa?’ Image from: BN menang besar PRN Johor: ‘PH tak mungkin bohong, jadi Najib bebas tak hari ini? Pukul berapa?’

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa nasib pembebasan Najib tidak boleh ditentukan menerusi pilihan raya.

Menurut beliau, Najib hanya boleh dibebaskan melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel lain: PM Anwar gesa henti kempen guna ‘isu Najib’ -“Najib dalam penjara, jangan kacau beliau…”

Beliau turut menggesa semua pihak supaya berkempen secara berhemah sepanjang PRN Johor dan tidak menjadikan nama Najib sebagai modal kempen.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa semua parti yang bertanding pada PRN Johor supaya tidak lagi menjadikan isu pembebasan Najib sebagai modal kempen politik.

Sumber: FB Najib Razak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved