
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, BN memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN menguasai lima kerusi.
Katanya, gabungan semua kerusi itu melepasi majoriti mudah 19 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Keputusan berkenaan sekali gus membuka laluan kepada BN dan PN untuk membentuk kerajaan negeri menerusi persefahaman antara kedua-dua gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, keputusan rasmi masih menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN
The post BN-PN boleh bentuk kerajaan Negeri Sembilan – Asyraf Wajdi appeared first on Utusan Malaysia.


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602506.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602477.webp)


