‘Angkat sumpah MB di Istana Serting hanya fitnah’

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Angkat sumpah MB di Istana Serting hanya fitnah’

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) menafikan terdapat rancangan istiadat mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Serting di Jempol sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu juga adalah di luar pengetahuannya dan menganggap ia sebagai fitnah dan perang psikologi pihak lawan.

“Di luar pengetahuan saya, itu naratif mereka hendak perang psikologi supaya orang marah dengan BN.

“Saya tak tahu adanya perancangan begitu, itu semua perang psikologi, saya harap rakyat tidak termakan fitnah.

“Itulah gaya sejak dulu, hanya fitnah, tiada perkara lain, dalam pilihan raya ini, kita mesti yakinkan rakyat, apa kita boleh buat, apa yang perlu dilakukan, bukan memfitnah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, polis memperting­katkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi strategik termasuk Istana Besar Seri Menanti dan pejabat kerajaan negeri .

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara selain mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini selepas pilihan raya berakhir.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan terdapat pihak tertentu yang cuba mencetuskan pergeseran susulan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan PRN.

“Kami bukan sahaja menjaga keselamatan sebelum dan semasa pilihan raya malah selepas proses pengundian,” ujarnya. – MINGGUAN

The post ‘Angkat sumpah MB di Istana Serting hanya fitnah’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved