BN, PN dalam dilema untuk namakan calon PM setanding Anwar – Penganalisis

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 10:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BN, PN dalam dilema untuk namakan calon PM setanding Anwar – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Jika berlakunya kerjasama antara BN dan PN untuk mendepani PRU16, gabungan berkenaan akan berdepan dilema untuk menamakan ‘poster boy’ untuk menjadi Perdana Menteri setanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Noor Fareen Abdul Rahim berkata, landskap politik negara bakal memperlihatkan pertembungan sengit antara kepercayaan yang telah dibina dan harapan masa depan rakyat.

Katanya, PRU16 merupakan medan pembuktian rekod prestasi dan dasar-dasar yang membawa impak nyata kepada negara.

Jelasnya, Kerajaan Madani selama ini konsisten menekankan kepentingan aspek integriti serta komitmen jitu dalam membanteras gejala rasuah secara menyeluruh.

“Kita perlu sedar bahawa isu rasuah dan sebarang salah laku tidak beretika dalam pentadbiran sememangnya tidak membawa sebarang faedah, malah akhirnya hanya akan menyusahkan kehidupan rakyat marhaen.

“Lambakan kes rasuah yang dilaporkan saban hari bukan sekadar mencalar imej pentadbiran, malah jelas menggugat kestabilan ekonomi serta kemakmuran bangsa dan negara,” katanya hari ini.

Image from: BN, PN dalam dilema untuk namakan calon PM setanding Anwar – Penganalisis
Noor Fareen Abdul Rahim

Baru-baru ini, Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, dengan kerjasama politik antara BN dan PN yang dikatakan semakin menjadi kenyataan, rakyat mahu tahu siapa calon PM yang bakal diketengahkan oleh gabungan baharu itu sekiranya mereka menang PRU16.

Ujar Shahbudin, jika selepas PRU16, Anwar masih mempunyai mandat rakyat serta sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka beliau wajar diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya kerana ia bukan soal terlalu taksub kepada seseorang pemimpin, tetapi ia tentang kesinambungan pentadbiran.

Dalam pada itu, Fareen berkata, usaha pembaharuan struktur yang digerakkan oleh Anwar sentiasa berpaksikan agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir.

Katanya, melalui dasar yang inklusif ini, rakyat ditawarkan sebuah pilihan yang bersandarkan hasil kerja dan kestabilan jangka panjang.

“Oleh yang demikian, berbekalkan kesedaran politik yang semakin matang, rakyat kini lebih cakna dan bijak dalam menilai antara hak dengan batil.

“Rakyat pastinya bakal membuat pilihan yang terbaik pada PRU16 nanti demi menjamin kemakmuran bersama dan masa depan negara yang lebih gemilang,” katanya. – UTUSAN

The post BN, PN dalam dilema untuk namakan calon PM setanding Anwar – Penganalisis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved