PRU16 diawalkan? PM Anwar terbuka teliti cadangan, pemimpin bersih tak perlu takut SPRM

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 3:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keterbukaan untuk meneliti cadangan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

Cadangan perlu dipersembahkan kepada YDPA

Memetik laporan daripada Harian Metro, Perdana Menteri menyatakan, keputusan berkaitan pembubaran Parlimen merupakan prerogatif beliau sebelum cadangan tersebut dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila tiba masanya.

Image from: PRU16 diawalkan? PM Anwar terbuka teliti cadangan, pemimpin bersih tak perlu takut SPRM

Foto: PMO

Fokus Kerajaan Persekutuan adalah tingkatkan kesejahteraan rakyat

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan fokus Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah meningkatkan kesejahteraan rakyat selain usaha membersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Bagi saya fokus ini (meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membebaskan negara daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa) yang penting. Tambahan, kerajaan ketika ini masih stabil, jadi kita tumpu yang ini terlebih dahulu.
“Jangan gusar, orang yang amanah dan bersih, tidak harus takut dengan langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang.
“Saya tahu kerana saya pun ada hadapi beberapa tekanan dan cadangan, tetapi saya ambil keputusan seperti disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, iaitu kita dapat mandat mentadbir, urus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Image from: PRU16 diawalkan? PM Anwar terbuka teliti cadangan, pemimpin bersih tak perlu takut SPRM

Foto: PMO

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah dekat sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved