'BN-PN main naratif politik lapuk, pecah-belah masyarakat' - AMK

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 10:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'BN-PN main naratif politik lapuk, pecah-belah masyarakat' - AMK
Gambar hiasan. Gambar kecil: Nurhanani Dhamirah

SEREMBAN – Keputusan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi pakatan tidak rasmi bersama Perikatan Nasional (PN) atas nama penyatuan bangsa didakwa membuktikan kedua-dua gabungan itu semakin ketandusan tawaran substantif untuk meyakinkan pengundi.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nurhanani Dhamirah Razaleh berkata, selepas gagal mempertikaikan rekod pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, BN-PN kini kembali memainkan naratif politik lapuk yang disifatkan sempit serta memecah-belahkan masyarakat.

Menurutnya, kepimpinan Aminuddin telah membuktikan keupayaan mengurus Negeri Sembilan secara stabil, memperkukuh ekonomi negeri dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

"Pakatan BN–PN juga tidak menawarkan kepastian mengenai siapa yang akan menerajui kerajaan sekiranya mereka menang.

"Perebutan jawatan Menteri Besar berisiko mencetuskan pertikaian dan pergolakan dalaman, sekali gus mengulangi episod ketidakstabilan politik yang akhirnya menjejaskan pentadbiran serta kehidupan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya lagi, Negeri Sembilan tidak boleh dijadikan medan percaturan kuasa antara pemimpin yang hanya bersatu demi kepentingan politik.

Jelasnya, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ekonomi, peluang pekerjaan serta kebajikan mereka.

"Justeru, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Aminuddin kekal sebagai pilihan terbaik.

"Sokongan kepada beliau bukan sahaja berasaskan rekod pentadbiran yang terbukti, tetapi juga menjadi isyarat tegas rakyat menolak politik retorik, percaturan kuasa dan tindakan BN yang telah menyebabkan PRN ini terpaksa diadakan," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved