
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Berjaya memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki malam ini.
Asyraf Wajdi berkata, BN dan PN setakat pukul 8.30 malam ini sudah menang di 25 kerusi DUN, melepasi angka dua pertiga, 24 kerusi dari 35 DUN keseluruhannya.
Pada PRN lalu, BN menang di 14 kerusi DUN, sementara PN menang di lima kerusi DUN. – UTUSAN
The post BN-PN menang dua pertiga appeared first on Utusan Malaysia.


![[Keputusan Tidak Rasmi] PRN N9: BN-PN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/BN-PN-menang-majoriti-dua-pertiga-kerusi-di-prn-negeri-sembilan-1.jpg?t=1785596176)


