BN Sabah tanding 41 kerusi

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: BN Sabah akan bertanding di 41 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 Nov ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata calon bagi lima hingga enam kerusi lagi akan diumumkan kemudian sebagai sebahagian daripada strategi kerana kerusi-kerusi itu dianggap istimewa.

Secara keseluruhan, BN akan bertanding di 46 atau 47 kerusi manakala selebihnya akan ditandingi oleh Pakatan Harapan.

Katanya, calon yang diketengahkan terdiri daripada gabungan pemimpin berpengalaman dan wajah baharu khususnya golongan belia dengan 85 peratus daripadanya merupakan muka baharu.

“Calon-calon ini datang daripada pelbagai latar belakang profesional, dengan majoriti memiliki ijazah sarjana muda, sarjana atau PhD — termasuk dua orang doktor iaitu Dr Elmiariezan Ardan Sulaiman di Apas dan pakar bedah otak (neuro) Dr Shahnon Rizal Thaijuddin di Sulaman,” katanya ketika berucap di Bangunan Umno Sabah.

Rakan gabungan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bertanding di dua kerusi dengan Presidennya merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup di Sook dan Japirin Sahadi di Kundasang manakala MCA bertanding di Tanjung Kapor.

Lima lagi penyandang selain Bung ialah Datuk Yakubah Khan di Karambunai, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Usukan, Datuk Harun Durabi di Bengkoka dan Datuk Jafry Ariffin di Sukau. Senarai penuh adalah seperti berikut:1. Banggi – Normalah Binti Rasik2. Bengkoka – Datuk Harun Durabi3. Pitas – Datuk Bolkiah Haji Ismail4. Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin5. Pintasan – Tadzul Radim6. Tempasuk – Dato’ Seri Abdul Rahman Dahlan7. Usukan – Dato’ Seri Dr Mohd. Salleh Said Keruak8. Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin9. Pantai Dalit – Alfian Sambas10. Karambunai – Datuk Yakubah Khan11. Darau – Arfandy Abdul Rahman12. Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed13. Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub14. Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari15. Bongawan – Datuk Mohamad Bin Al-Amin16. Membakut – Rusman Dulamit17. Klias – Osin Jilon18. Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Bin Laka19. Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah20. Kundasang – Japirin Sahadi21. Karanaan – Nadzmin Kamin22. Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat23. Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Bin Haji Nik Zawawi24. Sook – Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup25. Nabawan – Lajji Binti Ompongoh26. Telupid – Benedict Asmat27. Sugut – Mohammad Arifin Pachuk28. Labuk – Yusuf Latif29. Sg Manila – Zaini Tiksun30. Sg Sibuga – Datuk Suhaimi Hj Nasir31. Sekong – Mohd Zharif Aizat Datuk Samsuddin32. Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin33. Sukau – Datuk Jafry Ariffin34. Tungku –Saleha Binti Wahid35. Silam – Sharif Musa Sharif Mabul36. Kunak – Dato’ Sri Anil Jeet Singh37. Bugaya – Abdul Manan Indanan38. Balung – Erwan Palateh39. Apas – Dr Elmiariezan Ardan40. Tg Batu – Haji Samsasuddin Yusop41. Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang