BN sedia berunding, kali ini nikah biar berkadi dan bersaksi - Ab Rauf

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: BN sedia berunding, kali ini nikah biar berkadi dan bersaksi - Ab Rauf
Ab Rauf
Image from: BN sedia berunding, kali ini nikah biar berkadi dan bersaksi - Ab Rauf
Ab Rauf (kanan) menyempurnakan pelepasan peserta konvoi Kibar Jalur Gemilang.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti yang berhasrat bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bagaimanapun sebarang bentuk kerjasama itu perlu melalui rundingan secara rasmi dan bukan menerusi media sosial.

“Kalau misal kata ada hasrat untuk kebersamaan, saya buatkan satu ruang yang terbuka untuk berunding.

“Tak semestinya rundingan itu dimuktamadkan menjadi rakan kongsi yang baik. Kita berdasarkan kepada banyak faktor untuk kita menjadikan seseorang itu sebagai rakan kongsi kita.

“Insya-ALLAH saya secara terbuka, kita melihat bahawa BN Plus ini akan menghasilkan politik yang cukup baik untuk Melaka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di MITC di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan beberapa parti untuk bekerjasama dengan BN menjelang PRN Melaka.

**media[3610690]**

Jelas Ab Rauf, BN akan mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada PRN lalu, manakala tujuh kerusi lagi masih terbuka untuk rundingan termasuk kemungkinan pertukaran kerusi.

“Maksudnya 21 kerusi ini menimbulkan 1001 kemungkinan dan tujuh kerusi lagi boleh dirunding. Mungkin ada pertukaran kerusi atas sifat perundingan tadi.

“Jadi kita tak bolehlah nak menganggap bahawa 21 kerusi itu UMNO punya. Ada juga kita mengambil kira dalam pelbagai sudut kekuatannya, kelemahannya, kelebihannya,” katanya.

Selain itu, katanya, BN juga akan mengukur daripada pelbagai sudut termasuk bagaimana kekuatan sesuatu parti itu boleh membantu satu parti lagi yang menang.

“Saya selalu tegaskan bahawa kita jangan buat rumusan dalam apa juga perbincangan yang tidak ada rasminya. Saya selalu kata, kali ini kita bernikah biar tok kadi, biar bersaksi.

“BN sedia berunding, setakat ini belum ada yang datang berunding. Saya tak tahu kerusi mana yang mereka nak pilih. Sebab itu saya tak nak berunding dalam media sosial,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved