BN silap mengenai slogan ‘Sabah for Sabahans’: Jeffrey

LocalPolitics
14 May 2025 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan mempertahankan sentimen “Sabah for Sabahans” selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolaknya sebagai sesuatu yang memecahbelahkan.

“Ingin saya jelaskan, ‘Sabah for Sabahans’ akan terus kekal. Ia bukan slogan politik sementara. Ia adalah usaha memulihkan kebenaran yang sudah lama dinafikan.

Apa yang memecahbelahkan adalah sikap berterusan Kerajaan Persekutuan yang enggan mengiktiraf kedudukan sebenar Sabah,” kata Jeffrey, yang juga Timbalan Ketua Menteri, dalam satu kenyataan pada Selasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jeffrey, yang juga Naib Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengulas kenyataan Zahid yang menyifatkan slogan itu sebagai tidak memberi manfaat dan bersifat perpecahan.

“Kerjasama kita dengan Putrajaya mesti berlandaskan rasa hormat dan kesetaraan, bukan kepatuhan. Kita akan bekerjasama jika ia memberi manfaat kepada Sabah, tetapi kita tidak lagi akan bertolak ansur dengan campur tangan, manipulasi dan eksploitasi,” katanya.

“Sabah bukan jajahan Malaya. Kita tidak pernah menjadi jajahan dan tidak akan pernah menjadi begitu. Sama ada kita terus sebagai rakan setara dalam persekutuan atau memilih haluan baru sepenuhnya, bergantung kepada bagaimana Sabah dilayan pada masa akan datang.

“Keputusan itu tidak akan dibuat di Putrajaya, tetapi di sini, oleh rakyat Sabah,” tegasnya.

Jeffrey berkata kenyataan Zahid itu menafikan sejarah, memesongkan fakta dan menolak kehendak politik rakyat Sabah yang sah.

“Kita tidak memerlukan keizinan untuk bersuara bagi pihak diri sendiri, dan tidak memerlukan pengesahan daripada mana-mana tokoh Persekutuan untuk menuntut hak yang sememangnya milik kita.

“‘Sabah for Sabahans’ bukan tindakan derhaka. Ia adalah pendirian yang sah untuk maruah politik, integriti perlembagaan dan kebenaran sejarah. Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri bawahan.

“Kita membentuk Persekutuan Malaysia sebagai rakan setara bersama Sarawak dan Malaya berdasarkan terma yang jelas dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

“Izinkan saya berterus-terang.

“Selama beberapa dekad, Sabah dilayan seperti tanah jajahan. Suara kita disenyapkan. Kerajaan Persekutuan secara sistematik memansuhkan semangat MA63, menghakis hak perlembagaan kita, dan mengaut kekayaan dari bumi kita sambil mengabaikan keperluan pembangunan kita.

“Sejak 1976, minyak dan gas kita diletakkan di bawah kawalan Petronas tanpa persetujuan daripada rakyat Sabah. Status kita sebagai ‘Negara’ dan rakan setara dipadam daripada Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. Projek IC membawa masuk pendatang tanpa izin, mengubah demografi kita dan masa depan politik kita secara kekal.

“Perlembagaan Negeri Sabah juga diubah untuk memberi laluan kepada parti-parti dari Malaya yang kemudian menggilirkan jawatan Ketua Menteri seperti permainan sehingga tiba giliran Umno. Hutan dan tanah kita diserahkan kepada entiti luar Sabah, memperkayakan pihak lain atas kesengsaraan kita.

“Dasar hasil Persekutuan terus menafikan hak Sabah terhadap bahagian yang sepatutnya, manakala infrastruktur kita masih ketinggalan jauh, dan janji Borneonisasi masih belum ditepati sedangkan jawatan Persekutuan di Sabah masih dikuasai oleh orang Semenanjung sehingga kini.

“Dan sekarang, selepas semua ini, kita diminta untuk tidak menyuarakan aspirasi sendiri? Untuk duduk diam sementara parti dari Malaya berunding sesama sendiri siapa yang akan menguasai Sabah?

“Kita tidak akan meminta maaf kerana mahu menentukan masa depan kita sendiri.

“Sabah berhak menentukan haluannya sendiri. Jika Malaysia mahu benar-benar bermakna, ia mesti dibina atas kerjasama tulen, bukan penguasaan,” katanya.