BN tidak pernah lindungi mana-mana pemimpin jika bersalah

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BN tidak pernah lindungi mana-mana pemimpin jika bersalah

KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) tidak pernah melindungi mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan, sebaliknya tindakan tetap diambil mengikut proses undang-undang yang ditetapkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tuduhan berkaitan skandal yang dimainkan terhadap BN tidak menggambarkan pendirian sebenar parti itu yang sentiasa mengambil tindakan terhadap pemimpin yang didapati bersalah.

Katanya, BN mengambil tindakan tanpa mengira kedudukan seseorang pemimpin termasuk mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan.

“Mana-mana parti politik khususnya BN, kalau kita berdepan dengan pemimpin yang ada skandal, kita ambil tindakan.

“Yang pernah jadi Menteri Besar kita ambil tindakan, yang pernah jadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kita ambil tindakan, yang pernah jadi menteri kita ambil tindakan, yang jadi pengerusi badan perhubungan pun kita ambil tindakan.

“Yang jadi Perdana Menteri pun kalau mahkamah menetapkan dia bersalah, dia tetap akan melalui proses tersebut,” katanya ketika berucap pada Minum Pagi di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, BN bukan sebuah parti yang mempertahankan individu yang melakukan kesalahan.

Katanya, sepanjang lebih 60 tahun mentadbir negara, BN tidak pernah melindungi penjenayah, sebaliknya setiap individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan mengikut proses perundangan.

“Selama kita memerintah negara lebih 60 tahun, kita tidak pernah simpan penjenayah. Kalau didapati bersalah, dia akan melalui proses yang ditetapkan.

“Kalau ada pemimpin yang melakukan kesalahan, ambil tindakan. Pergi mahkamah, tidak ada masalah.

“Kita tidak pernah hendak mempertahankan orang yang bersalah. Yang penting, semuanya mesti melalui proses,” katanya.-UTUSAN

The post BN tidak pernah lindungi mana-mana pemimpin jika bersalah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved