BN tak pernah lindung mana-mana pemimpin bermasalah! Tak simpan penjenayah – Johari

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 11:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah melindungi mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan, sebaliknya tindakan sewajarnya tetap diambil berdasarkan proses undang-undang yang ditetapkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dakwaan yang sering dikaitkan dengan BN berhubung isu skandal pemimpin tidak menggambarkan pendirian sebenar parti itu yang sentiasa mengambil tindakan terhadap individu yang didapati bersalah.

Image from: BN tak pernah lindung mana-mana pemimpin bermasalah! Tak simpan penjenayah – Johari

Kredit foto: NSTP/Fahmi Tajuddin

Menurut beliau, tindakan tidak pernah dipengaruhi oleh kedudukan atau jawatan seseorang pemimpin, termasuk mereka yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Mana-mana parti politik khususnya BN, kalau kita berdepan dengan pemimpin yang ada skandal, kita ambil tindakan.
“Yang pernah jadi Menteri Besar kita ambil tindakan, yang pernah jadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kita ambil tindakan, yang pernah jadi menteri kita ambil tindakan, yang jadi pengerusi badan perhubungan pun kita ambil tindakan.
“Yang jadi Perdana Menteri pun kalau mahkamah menetapkan dia bersalah, dia tetap akan melalui proses tersebut,” katanya ketika berucap pada Minum Pagi di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tengah Seri Menanti, di sini, hari ini.
Image from: BN tak pernah lindung mana-mana pemimpin bermasalah! Tak simpan penjenayah – Johari

Kredit Foto: NSTP/Aswadi Alias

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, BN bukan sebuah parti yang mempertahankan individu yang melakukan kesalahan, sebaliknya menyerahkan segala perkara kepada proses perundangan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh lebih 60 tahun mentadbir negara, BN tidak pernah melindungi mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan.

Image from: BN tak pernah lindung mana-mana pemimpin bermasalah! Tak simpan penjenayah – Johari

“Selama kita memerintah negara lebih 60 tahun, kita tidak pernah simpan penjenayah. Kalau didapati bersalah, dia akan melalui proses yang ditetapkan.
“Kalau ada pemimpin yang melakukan kesalahan, ambil tindakan. Pergi mahkamah, tidak ada masalah.
“Kita tidak pernah hendak mempertahankan orang yang bersalah. Yang penting, semuanya mesti melalui proses,” katanya lagi.
Sumber:
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved