BN, UMNO tidak kompromi penyelewengan TH – Ahmad Zahid

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 1:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BN, UMNO tidak kompromi penyelewengan TH – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak akan berkompromi sekiranya terdapat individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau pelanggaran tadbir urus berdasarkan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan Tabung Haji (TH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang didapati melakukan kesalahan perlu berdepan dengan akibat daripada tindakan mereka.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, segala tindakan susulan terhadap laporan RCI itu akan ditentukan selepas pembentangan dan perbahasan dibuat di Dewan Rakyat.

“Pembentangan akan dilakukan pada 11 Ogos ini di Dewan Rakyat dan perbahasan akan diadakan.

“Pendirian BN dan UMNO, jika benar ada individu ataupun sekumpulan pihak yang melakukan penyelewengan atau pecah amanah atau melakukan kerja-kerja tadbir urus yang tidak selari dengan tata kelola sesebuah organisasi kerajaan, apatah lagi badan berkanun, maka konsekuensinya akan dihadapi oleh mereka.

“Saya tidak fikir kita harus berkompromi jika unsur-unsur negatif itu dilakukan oleh mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang dikaitkan dalam laporan RCI berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post BN, UMNO tidak kompromi penyelewengan TH – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved