BNM, Perbendaharaan teliti semula laporan terkini KDNK Malaysia oleh IMF - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2025 • 4:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BNM, Perbendaharaan teliti semula laporan terkini KDNK Malaysia oleh IMF - PM Anwar

image is not available

24/04/2025 - 16:24

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa, hari ini.

KUALA LUMPUR 24 April (Bernama) - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberikan kenyataan lengkap mengenai perkara itu dalam Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, semakan semula KDNK sebenar itu bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk negara lain.

“Itu adalah semakan di peringkat antarabangsa bagi dunia, Amerika Syarikat, China dan kebanyakan negara, ia sedikit menurun.

"Kami (kerajaan), BNM, dan Perbendaharaan kini akan meneliti semula dan menyemak serta mengumumkan (maklum balas kami)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Kastam di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

IMF menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025 bertajuk 'A Critical Juncture amid Policy Shifts' yang dikeluarkan pada Rabu, telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar bagi Malaysia kepada 4.1% tahun ini daripada anggaran 4.7% pada Januari, seiring dengan penurunan unjuran serantau.

Sementara itu, IMF juga mengunjurkan KDNK sebenar Malaysia berkembang sebanyak 3.8% pada 2026.

Selain Malaysia, IMF mengurangkan unjuran pertumbuhan globalnya bagi 2025 kepada 2.8% turun 0.5 mata peratus daripada unjuran pada Januari.

Dalam kalangan rakan serantau Malaysia, IMF juga mengurangkan prospek pertumbuhan 2025 Indonesia kepada 4.7% daripada 5.1%.

Filipina kini diunjur berkembang sebanyak 5.5 peratus daripada unjuran 6.1 peratus peratus sebelum ini, manakala pertumbuhan Thailand disemak semula kepada 1.8% daripada 2.9%. - BERNAMA

standard