BNM Perkenalkan Portal Semak Kasih – Mudahkan Semakan Tuntutan Insurans/Takaful

LocalPersonal Finance
29 Jun 2026 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahukah anda bahawa dianggarkan sekitar 50,000 polisi insurans dan sijil takaful layak menerima manfaat kematian tetapi masih belum dituntut? Angka ini dikongsi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekali gus menunjukkan bahawa ada waris yang mungkin kurang peka atau tidak mengetahui cara untuk membuat tuntutan.

Image from: BNM Perkenalkan Portal Semak Kasih – Mudahkan Semakan Tuntutan Insurans/Takaful

Menyedari hal tersebut, BNM memperkenalkan portal Semak Kasih bagi memudahkan waris menuntut manfaat insurans dan takaful yang tertunggak. Inisiatif ini bukan sahaja membantu keluarga mendapatkan hak mereka dengan lebih cepat, tetapi juga menekankan kepentingan perlindungan insurans dan takaful dalam menghadapi kos rawatan, kebakaran atau kemalangan.

Image from: BNM Perkenalkan Portal Semak Kasih – Mudahkan Semakan Tuntutan Insurans/Takaful

BNM turut menjelaskan bahawa proses penghantaran surat oleh syarikat atau penggunaan ejen masih diteruskan. Namun, portal Semak Kasih diwujudkan bagi meningkatkan kecekapan tuntutan, sekali gus memudahkan waris membuat semakan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada penyedia berkaitan.

Menurut bahagian FAQ, portal ini disediakan secara percuma dan pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang carian. Ia berfungsi untuk mengesahkan kewujudan sijil serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Selain itu, produk yang layak untuk semakan termasuk sijil takaful dan polisi insurans yang dibeli oleh orang tersayang yang telah meninggal dunia. Portal ini juga akan menyediakan maklumat tentang syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu dihubungi.

Bank Negara Malaysia

Sebagai tambahan, BNM menegaskan bahawa celik kewangan kini merupakan kemahiran hidup yang penting. Rakyat perlu membina asas kukuh melalui simpanan kecemasan dan perlindungan mencukupi. Malah, statistik menunjukkan 41% rakyat lebih cenderung berbelanja manakala 61% tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000. Oleh itu, hal ini jelas membuktikan bahawa asas kewangan yang kukuh adalah satu keperluan mendesak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved