Semak Kasih – Semak Takaful & Insurans Anggota Keluarga Meninggal Dunia

Personal Finance
28 Jun 2026 • 8:59 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Waris kini boleh menyemak dengan mudah sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat menerusi portal Semak Kasih yang boleh diakses menerusi pautan https://semak-kasih.mycoverage.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai portal ini.

Image from: Semak Kasih –  Semak Takaful & Insurans Anggota Keluarga Meninggal Dunia

Mengenai Semak Kasih

Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu untuk menyemak sama ada waris yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.

Ia adalah portal sehenti dalam talian yang dibangunkan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang bertujuan untuk membantu menghubungkan semula keluarga dengan manfaat perlindungan yang mungkin masih belum dituntut.

Menerusi portal ini, pengguna hanya perlu menggunakan satu platform untuk menyemak sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan dengan mana-mana daripada 25 syarikat insurans dan takaful yang mengambil bahagian.

Walau bagaimanapun, portal ini bukan platform tuntutan, sebaliknya berfungsi sebagai panduan dengan menghubungkan pengguna dengan pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan tanpa mendedahkan butiran sijil atau polisi, nilai perlindungan atau status tuntutan.

Image from: Semak Kasih –  Semak Takaful & Insurans Anggota Keluarga Meninggal Dunia

Pengguna Portal

Portal ini boleh digunakan oleh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Namun, mereka mestilah mendaftar dengan portal ini untuk memastikan semakan boleh dibuat.

Jenis Produk Disemak

Produk yang layak untuk semakan termasuk sijil takaful dan polisi insurans yang dibeli oleh waris individu yang telah meninggal dunia.

Ia akan menyediakan maklumat tentang syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu dihubungi.

Maklumat Carian

Untuk membuat carian, pengguna perlu menyediakan: 

  • Nombor ID (MyKad/lain-lain)
  • Nombor sijil kematian
  • Salinan sijil kematian yang jelas. 

(Nota: Hanya sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara diterima)

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal https://semak-kasih.mycoverage.my/.
  2. Klik bahagian ‘Semak Kasih.’
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.
  5. Log masuk semula.
  6. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan individu yang meninggal dunia.
  7. Muat naik salinan siil kematian yang jelas.

Pengguna boleh membuat 3 carian dalam satu hari dan had carian akan ditetapkan semula dalam masa 24 jam.

Soalan Lazim

Apakah Portal Semak Kasih?

Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu anda menyemak sama ada orang tersayang yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.

Siapakah yang boleh menggunakan portal ini?

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar di portal Semak Kasih.

Apakah jenis rekod yang tersedia untuk carian?

Buat masa ini, portal ini hanya menyediakan akses kepada rekod takaful keluarga dan insurans hayat.

Apakah format fail dan saiz maksima yang dibenarkan untuk Sijil Kematian semasa memuat naik?

Hanya fail dalam format PDF, JPEG, JPG, and PNG diterima untuk sijil kematian, dengan saiz maksimum 5 MB.

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk menggunakan portal ini?

Tidak. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.

Bolehkah saya melihat butiran sijil/polisi, jumlah perlindungan, atau maklumat penama?

Tidak. Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil atau polisi serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Jika rekod ditemui, anda akan diberikan maklumat hubungan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat berkenaan untuk pertanyaan lanjut.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Semak Kasih, sila layari laman web https://semak-kasih.mycoverage.my.

Baca juga: Pemandu Dengan Rekod Baik Boleh Claim Rebat Insurans 10% CERMAT MADANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved