BNM: Ringgit antara mata wang berpretasi terbaik, mengukuh 14.4% berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024
09/10/2024 - 15:48
KUALA LUMPUR 9 Okt - Ringgit merupakan antara mata wang berprestasi terbaik di dunia pada suku ketiga tahun ini, mengukuh 14.4% berbanding dolar AS dan 11.4% pada asas tahun setakat ini, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).



