Red Dead Redemption pada hemat kami ialah antara permainan video yang terbaik pernah dihasilkan dengan ia membawakan perubahan yang lebih besar kepada genre Western berbanding Red Dead Redemption 2. Ia dilancarkan hanya untuk konsol 14 tahun lalu oleh Rockstar Games tetapi tidak pernah ke platform PC. Pada 29 Oktober ini, akhirnya Red Dead Redemption versi PC akan tiba ke Rockstar Store, Steam, dan Epic Games Store.

Bukan itu sahaja, DLC Undead Nightmare akan turut akan ditawarkan sekali di PC buat pertama kali. Permainan versi PC dibangunkan oleh studio Double Eleven dengan ia akan menyokong resolusi 4K, kadar bingkai 144Hz, sokongan nisbah skrin sehingga 32:9, NVIDIA DLSS 3.7, AMD FSR 3.0 dan HDR10.
Versi PC tiba selepas versi PlayStation 4 dan Nintend Switch dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Spesifikasi komputer untuk versi PC adalah seperti di bawah.
Spesifikasi Minima Disarankan Sistem Operasi Windows 10 64-bit Windows 10 64-bit Cip Pemproses Intel Core i5-4670
AMD FX-9590Intel Core i5-8500
AMD Ryzen 5 3500XRAM 8GB 8GB GPU NVIDIA GeForce GTX 960
AMD Radeon R7 360NVIDIA RTX 2070
AMD RX 5700 XTStoran 12GB HDD 12GB SSD



