Pempengaruh media sosial, Bob atau lebih dikenali sebagai Bob T20, mengakui pernah melalui fasa kehidupan sebagai seorang ‘playboy’ dan sering menjadi perhatian wanita termasuk dalam kalangan selebriti serta pempengaruh media sosial.
Menerusi podcast Sembang Ohh Yeahh, Bob berkongsi bahawa dirinya pernah menerima mesej peribadi daripada beberapa artis wanita dan pempengaruh yang menyatakan hasrat untuk keluar serta berkenalan dengannya.
Advertisement
Bagaimanapun, Bob enggan mendedahkan identiti individu terbabit bagi menjaga privasi semua pihak.
“Ada yang aku pernah (keluar), ada yang aku tak pernah.”
“Macam aku cakap, xxx itu aku pernah jumpa sekali sahaja. Itu pun bukan aku yang nak keluar dengan dia, orang lain yang bawa. Selalunya yang macam itu, aku memang ‘palau’ sahaja. Tapi aku tak nak reveal lah siapa.”
Dalam masa sama, Bob turut menjawab dakwaan netizen yang menganggap dirinya didekati wanita kerana faktor kekayaan.
Menurutnya, wang mungkin menjadi salah satu tanggapan orang ramai, namun dia percaya perkara itu bukan sebab utama.
“Mungkin betul macam netizen cakap, sebab duit. Tapi bagi aku, ramai sahaja orang kaya kat luar sana yang lagi kaya daripada aku. Bukan aku yang paling kaya dalam Malaysia ini.”
“Tapi kenapa mereka tak nak keluar dengan orang luar sana, kenapa nak keluar dengan aku? Maksudnya, bukan sebab duit juga,.”

Bob berkata, dia merasakan daya tarikan dirinya mungkin terletak pada personaliti, karakter serta cara pemikirannya yang disifatkan lebih matang.
Katanya, faktor tersebut mungkin membuatkan ramai wanita lebih selesa untuk mendekati dan berkenalan dengannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman - "Bangsa Tak Sedar Diri"
The post Bob T20 Dakwa Ada Artis Dan ‘Influencer’ Cuba Dekati, Pernah Jadi ‘Playboy’ – “Aku Tak Nak Reveal Siapa” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



