"Body shaming" bukan gurauan

Health & Fitness
19 May 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: "Body shaming" bukan gurauan
Gambar: Public Health M'sia

Satu hantaran di media sosial yang menghina doktor berbadan besar mencetuskan perbincangan hangat apabila penulisnya mendakwa doktor yang mempunyai BMI melebihi 25 tidak wajar dipercayai dalam memberi nasihat kesihatan.

Kenyataan itu turut mengundang reaksi ramai kerana ia bukan sekadar menyentuh isu obesiti, tetapi membuka semula perbincangan lebih besar tentang stigma berat badan, diskriminasi terhadap petugas kesihatan, dan salah faham masyarakat terhadap maksud sebenar kesihatan.

Menghina doktor kerana berat badan bukan tanda anda peduli tentang kesihatan.

Itu cuma body shaming yang dibungkus supaya nampak “logik”.

Ya, obesiti ialah isu kesihatan. Ya, doktor juga manusia dan tidak terkecuali daripada cabaran itu. Tetapi mengatakan doktor yang berbadan besar tidak layak dipercayai, apatah lagi patut digagalkan hanya kerana BMI, adalah pandangan yang sempit dan tidak adil.

BMI hanyalah alat saringan. Ia bukan ukuran maruah. Ia bukan ukuran empati. Ia juga bukan ukuran mutlak kebijaksanaan klinikal seseorang. Kesihatan seseorang jauh lebih kompleks daripada satu nombor. Ada faktor genetik, hormon, ubat-ubatan, tekanan hidup, gangguan tidur, kesihatan mental, penyakit tertentu dan banyak lagi yang mempengaruhi berat badan.

Kalau doktor yang ada diabetes masih boleh merawat pesakit diabetes, kalau doktor yang ada asthma masih boleh merawat pesakit asthma, kenapa bila menyentuh soal berat badan, tiba-tiba ada orang rasa ilmu dan profesionalisme itu terus terbatal?

Hakikatnya, pesakit tidak mencari doktor yang “nampak sempurna”.

Pesakit mencari doktor yang mendengar.

Yang memeriksa dengan teliti.

Yang memberi rawatan berasaskan ilmu.

Yang tidak menghakimi.

Yang membuat keputusan klinikal dengan selamat dan tepat.

Lebih membimbangkan, stigma seperti ini bukan membantu sesiapa pun. Ia hanya menambahkan malu, menjauhkan orang daripada rawatan, dan menjadikan ruang kesihatan lebih toksik. Fat shaming tidak pernah menjadi intervensi kesihatan awam yang berkesan. Ia tidak menyembuhkan. Ia hanya melukakan.

Kalau benar kita mahu bercakap tentang kesihatan, bercakaplah dengan ilmu dan kemanusiaan.

Bukan dengan hinaan.

Sebab kesihatan tidak bermula dengan memalukan orang.

Kesihatan bermula bila manusia rasa cukup selamat untuk dibantu.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.