BOE Memperkenalkan Paparan Skrin Komputer Riba Dengan Kadar Segar Semula 600Hz

TechnologyDigital
2 Dec 2022 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

BOE ialah sebuah syarikat pembuat paparan skrin yang cukup terkenal untuk memperlihatkan penawaran skrin kelas premium yang tampil dengan olahan warna yang cantik, resolusi tinggi dan juga kadar segar semula yang tinggi.

Pada awal tahun ini mereka telah memperlihatkan paparan skrin 27 inci dengan kadar segar semula 500Hz. Terkini, di acara World Display Industry Conference, BOE telah memperkenalkan panel skrin terbaru mereka yang dilaporkan hadir dengan kadar segar semula setinggi 600Hz.

image is not available

Panel ini diperlihatkan pada sebuah komputer riba dan hadir dengan saiz 16 inci. Komputer riba tersebut dilihat menggunakan kad grafik NVIDIA RTX untuk menguasakan bahagian grafik. Resolusi dan nisbah paparan 16 inci ini tidak diketahui, dan kebarangkalian besar bahawa ia menggunakan panel IPS.

Buat masa ini, tiada lagi komputer riba gaming ataupun produktiviti yang memanfaatkan paparan skrin 500Hz yang dilancarkan sebelum ini. Panel 600Hz ini juga mungkin akan digunakan oleh sejumlah kecil model komputer riba gaming premium apabila ia dilancarkan kelak.