Boeing Pertimbang Untuk Jual Perniagaan Aeroangkasa

TechnologyDigital
27 Oct 2024 • 9:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Boeing merupakan antara syarikat yang mempunyai pelaburan tinggi dalam arena aeroangkasa, malah manusia pertama ke bulan berjaya dibantu oleh Boeing. Apa pun, disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.

image is not available

Menurut laporan WSJ, Boeing sedang pertimbang untuk menjual perniagaan melibatkan kontrak NASA, operasi sokongan Stesen Angkasa Antarabangsa, dan juga perniagaan melibatkan pengangkutan Starliner.

Pada tahun ini sahaja, Boeing menghadapi pelbagai masalah, termasuk kapal angkasa Starliner yang sepatutnya menghabiskan misi dalam 8 hari, tersadai di stesen angkasa, dan membuatkan angkasawan terkesan dan tidak boleh kembali ke bumi untuk tempoh yang lama. Disamping itu, perniagaan kapal terbang mereka juga menghadapi cabaran tersendiri, dengan pelbagai pengeluaran yang mengalami kelewatan.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita lihat apakah langkah seterusnya Boeing dalam arena aeroangkasa, sama ada akan meneruskannya atau akan menjualnya kepada pembeli baharu.