Bohex: Syarikat  tempatan, pengerusi tarik balik kerjasama

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2024 • 11:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan penarikan diri daripada kerjasama dalam penganjuran Borneo Halal International Exhibition (Bohex) yang dijadualkan berlangsung pada 21-25 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Selain AJ Productions Sdn Bhd, turut menyatakan pendirian untuk menarik diri adalah Pengerusi Bohex Management Sdn Bhd Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.

Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Jasnie Mohd Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Asmi Andi Yakin dan Abdul Hakim dalam kenyataan bersama berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk perbezaan hala tuju.

“Kami percaya keputusan ini adalah langkah terbaik bagi memastikan fokus dan keutamaan kami seiring dengan objektif jangka panjang organisasi kami.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Kami amat menghargai peluang berkolaborasi dengan semua yang terlibat sepanjang tempoh perancangan acara ini, dan kami yakin bahawa Bohex akan terus berjaya di bawah pengurusn dan penyelarasan pihak-pihak yang masih terlibat.

“Kami juga berharap penganjuran Bohex akan berjalan lancar dan mencapai kejayaaan yang diharapkan,” kata mereka.

Terdahulu dilaporkan, Bohex dijangka disertai lebih 650 vendor dari Malaysia Barat, Sarawak dan negara luar seperti China, Brunei dan Indonesia, dengan matlamat menjadi platform dalam memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal dari serata dunia, khususnya dari rantau Borneo.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.