BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

LocalCars
2 Oct 2024 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Carz.com.my ada menyiarkan artikel mengenai syarikat automotif dari China, BYD telah menarik balik beberapa modelnya, baru-baru ini.

Penarikan balik itu membabitkan 96,714 unit kereta BYD Dolphin dan BYD Atto 3. Langkah itu diambil memandangkan ada kemungkinan risiko kebakaran.

image is not available

Akhbar tempatan China melaporkan, terdapat kecacatan dalam proses pembuatan pengawal pemasangan kolum stereng kuasa elektrik (CEPS).

Apabila penutup komponen ditutup, ia mungkin mengganggu kapasitor pada papan litar pengawal yang akan menyebabkan keretakan kecil di dalam kapasitor. Keretakan itu boleh menjadi besar sekali gus menyebabkan litar pintas dan akhirnya berlaku kebakaran.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada mana-mana unit yang terjejas melibatkan unit yang dieksport ke luar negara.

Untuk itu, pengedar jenama BYD di Malaysia, Sime Darby Motors mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kes itu.

Sebaliknya, Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu yang berlaku di China.

Ini kerana model BYD yang dijual di negara ini tidak terlibat dalam kempen panggilan semula seperti mana yang diumumkan oleh BYD di China.

image is not available

“BYD Auto Industry Co., Ltd. dan BYD Automobile Co., Ltd. sedang menarik balik beberapa kenderaan elektrik Dolphin dan Yuan PLUS (juga dikenali sebagai Atto 3).

"Model yang dipanggil balik dalam wilayah tanah besar China tidak berkaitan dengan pasaran di luar wilayah tanah besar China,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Sime Darby Motors turut memberi jaminan bahawa kedua-dua itu yang berada di Malaysia sebenarnya tidak terjejas disebabkan penarikan balik itu.

image is not availableimage is not available

Ia berikutan unit model itu adalah dalam bentuk pemanduan kanan (RHD) dan bukannya pemanduan kiri (LHD). Lagipun, penarikan balik ini hanya memberi kesan kepada versi LHD.