
SEMPORNA: Pulau Bohey Dulang di bawah Taman Marin Tun Sakaran akan dibuka semula esok (14 Jun) selepas seekor buaya ditangkap di kawasan berkenaan.
Pengurus Taman Marin Tun Sakaran, Ghazalie Pg Hindi berkata operasi yang dijalankan oleh Taman-Taman Sabah bersama Jabatan Hidupan Liar, polis dan komuniti setempat telah selesai dengan penangkapan reptilia tersebut.
Bagaimanapun, pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pada Rabu, seekor buaya ditangkap di kawasan Taman Marin Tun Sakaran. Buaya itu dipercayai reptilia sama yang dikesan sebelum ini sehingga menyebabkan penutupan sementara Pulau Bohey Dulang.
Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis penutupan kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada operasi mitigasi ancaman buaya.

