Buaya ditangkap di Taman Laut Tun Sakaran

LocalEnvironment
12 Jun 2025 • 8:01 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Seekor buaya bersaiz besar ditangkap di Taman Laut Tun Sakaran, di sini, pada Rabu.

Difahamkan, buaya itu ditangkap oleh Kumpulan Keselamatan Nelayan Semporna selepas operasi selama dua jam.

Seorang pengguna Facebook, Salleh Abdul Salleh yang memuat naik video menunjukkan kumpulan itu ketika cuba menangkap reptilia itu, berkata usaha dan kerjasama nelayan itu membuktikan keberanian, perpaduan dan tanggungjawab bersama menjaga perairan mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Anda bukan sahaja menangkap buaya, tetapi mengembalikan rasa selamat kepada seluruh komuniti,” kata pengguna Facebook itu.

Pada Selasa, Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis penutupan Pulau Bohey Dulang di bawah Taman Laut Tun Sakaran dari 10 hingga 13 Jun.

Penutupan itu bertujuan memudahkan operasi mitigasi risiko buaya dan memastikan usaha lancar serta keselamatan awam.

Mereka juga mengeluarkan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.