“Boikot Ini Tidak Menguntungkan Sesiapa” – Vincent Tan Mohon Rakyat Berhenti Memboikot Starbucks Malaysia

Business & Finance
4 Mar 2024 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan memohon agar rakyat Malaysia berhenti memboikot Starbucks Malaysia dan berkata ia merugikan rakyat Malaysia.

Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80-85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa.

image is not available

 

Jangka peningkatan sales

Tambah Vincent lagi, dia menjangkakan peningkatan dalam jualan dalam suku ketiga kewangan 2024 selepas penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 telah dicatatkan.

Berjaya Food Bhd juga dilaporkan mengalami kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika.

image is not available

Terdahulu, salah satu francais Starbucks Malaysia di Kuantan didakwa sudah ditutup selepas tidak sampai setahun ia dibuka.

image is not available 2 weeks ago

Banyak Ditanam Di Wilayah Terlarang, Ini 6 Jenis Jenama Kurma Israel Perlu Dielak Beli Ketika Ramadan