Hanya rugikan rakyat tempatan, Vincent Tan rayu henti boikot Starbucks Malaysia

LocalBusiness & Finance
4 Mar 2024 • 2:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hanya rugikan rakyat tempatan, Vincent Tan rayu henti boikot Starbucks Malaysia

azan

04/03/2024 - 14:41

KUALA LUMPUR 4 Mac - Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan merayu rakyat Malaysia untuk menghentikan boikot Starbucks Malaysia kerana berpendapat ia hanya merugikan rakyat tempatan.

"Semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami juga tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ib pejabat.

"Di kedai-kedai kami, 80% hingga 85% pekerja kami adalah beragama Islam. Tindakan boikot ini tidak akan menguntung sesiapa," katanya dalam sidang media di Okinawa, Jepun, lapor New Straits Times.

image is not available
Tan Sri Vincent Tan

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan itu dilihat sudah mula berubah kerana terdapat sedikit peningkatan dalam jualan.

Beliau menjangkakan 3QFY24 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Bagi 2QFY24, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku ke suku sebanyak 35% kepada RM183 juta dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

"Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika Syarikat," katanya.

Vincent kini berada di Okinawa untuk majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences Okinawa, sebuah resort ultra mewah yang akan dibangunkan dalam tempoh 40 bulan. - DagangNews.com