Boikot secara matang, jangan sampai menghina

LocalOpinion
26 Oct 2026 • 9:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Boikot secara matang, jangan sampai menghina

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini berlaku gerakan boikot secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia terhadap produk dari negara jiran.

Semuanya bermula apabila sebuah jenama produk penjagaan diri dari Indonesia memuat naik hantaran kontroversi selepas negara tersebut menjuarai Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 di dalam akaun media sosial rasminya.

Semua tahu, jenama tersebut begitu popular dan mempunyai ramai peminat setia di negara ini. Ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap hantaran tersebut sebagai biadab dan sombong.

Justeru satu gerakan boikot jenama tersebut ‘dilancarkan’ di media sosial dengan tanda pagar Sappot Lokal sebagai seruan bagi menyokong membeli barangan tempatan.

Walaupun pihak syarikat berkenaan sudah membuat permohonan maaf, namun orang ramai tetap meneruskan gerakan memboikot.

Malangnya, bukan jenama tersebut sahaja yang diboikot, produk-produk lain termasuk minuman yang berasal dari negara sama turut menerima tempiasnya.

Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia melakukan boikot secara besar-besaran, sebelum ini mereka memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat yang bersekongkol atau mempunyai kaitan dengan Zionis susulan penindasan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Kesan daripada tindakan itu, banyak premis yang diboikot kehilangan pelanggan dan akhirnya mereka terpaksa menutup operasi.

Tindakan ini jika dilihat sangat bagus terutama dari segi semangat rakyat Malaysia yang bersatu padu dan kebersamaan dalam menangani satu-satu isu.

Namun, apa yang menyedihkan adalah sikap segelintir individu yang dilihat ‘melampaui batas’ apabila melemparkan kata-kata kesat dan penghinaan kepada pekerja kerana mereka mencari makan di syarikat yang diboikot.

Tindakan ‘menghukum’ pekerja merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali. Hakikatnya, mereka tidak merompak atau mencuri. Jangan keterlaluan menghukum mental mereka.

Aida
Kuala Lumpur

The post Boikot secara matang, jangan sampai menghina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved