“Dia patut dapat award” – Space Dollah Anggap Makcik Yang Cium Pipi Bella Satu Tindakan Comel

Entertainment
26 Oct 2026 • 6:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft cium pipi Bella

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan satu video tular yang memaparkan penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, didatangi seorang wanita warga emas (makcik) yang secara tiba-tiba mencium pipinya di khalayak ramai.

Insiden spontan itu bukan sahaja mengejutkan Bella di lokasi kejadian, malah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Artikel berkaitan : Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

Artikel berkaitan : “Saya tak faham” – Space Dollah Bengang Digelar ‘Bercapuk’

Dia patut dapat award – Space Dollah

Ada yang berpendapat tindakan tersebut agak keterlaluan kerana tidak menghormati ruang peribadi (personal space), manakala segelintir lagi menganggap ia sekadar tanda kasih sayang seorang peminat veteran terhadap artis kesayangannya.

Di tengah-tengah perdebatan hangat netizen, kenyataan personaliti media sosial terkenal, Space Dollah (@truedollah), menarik perhatian ramai apabila beliau tampil dengan pandangan yang cukup santai dan positif.

Menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya, Space Dollah yang juga merupakan abang kepada Syed Saddiq itu menyifatkan aksi makcik tersebut sebagai sesuatu yang sangat comel.

Screenshot 2026 10 26 175500

Terdahulu, video tersebut menunjukkan Bella yang sedang beramah mesra tiba-tiba didakap dan dicium di bahagian pipi oleh makcik berkenaan.

Walaupun Bella tergamam seketika, Bella tetap mengekalkan senyuman dan bersikap profesional melayan peminatnya itu.

Isu sentuhan tanpa izin membabitkan selebriti sering kali menjadi perbincangan panas di media sosial. Ramai yang mengecam dan juga ada yang bersetuju bahawa niat makcik tersebut hanyalah rasa teruja dan sayang, bukannya berniat jahat.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved