‘Boikot setakat mampu’ – Guru tegur individu pertikaikan kempen boikot tidak dibuat pada semua produk

15 Feb 2024 • 10:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sesetengah negara masih lagi memperjuangkan nasib yang terjadi kepada penduduk Palestin. Tanda solidariti kepada mereka, demonstrasi dan juga kempen boikot masih lagi berjalan walaupun kebanyakan negara sudah mula sepi dengan kempen berkenaan.

Menerusi kempen boikot tersebut juga ramai yang menyasarkan produk makanan segera yang dikaitkan dengan tentera zionis. Meskipun dilihat hanya perjuangan kecil, namun tetap memberikan impak kepada penjualan mereka.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan isu boikot ini dan mengecam tindakan individu atau masyarakat yang tidak memboikot secara keseluruhan produk atau barangan.

Namun begitu, menurut pempengaruh yang juga merupakan seorang guru tuisyen menyatakan perkara ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu. Katanya, perlu boikot setakat yang mampu sahaja.

“Ini adalah apa yang dipanggil sebagai whataboutdisme seperti kita dah buat satu benda lepas tu persoalkan kenapa tidak boikot benda yang lain pula. Dalam hidup ni, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua.

“Konsep sama macam waktu sekolah dulu, kita tak dapat jawab semua soalan, bukan bermaksud kita terus tinggalkan paper tu. Cuba jawab mana yang mampu,” katanya.

Dalam perkongsian berkenaan juga dia mempersoalkan tindakan individu yang cuba memperlekehkan usaha yang dibuat oleh individu lain.

“Jangan merendahkan pula usaha orang-orang yang tengah berusaha. Dia mampu setakat tu, dia buatlah takat tu.

“Kita cuba nak tolong saudara kita kat sana, nak attack orang yang cuba menolong ni kenapa?” katanya.

Sumber: Iqbal Ahyar