“Boikot, Takyah Beli” – Peminat Kecewa Lihat ‘Merch’ Untuk Konsert Jelajah BLACKPINK

EntertainmentMusic
20 Jun 2025 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak dinafikan BLACKPINK antara kumpulan yang paling banyak menyumbang kepada YG Entertainment.

Terbaru, agensi telah mengeluarkan koleksi barangan eksklusif yang akan dijual ketika konsert jelajah BLACKPINK ‘DEADLINE’, bermula Julai nanti.

Antara barang yang boleh dibeli peminat adalah t-shirt, topi, tuala dan banyak lagi.

Namun, peminat nampaknya tidak berpuas hati dengan design semua barangan tersebut, yang dianggap tiada effort dan dicipta hanya untuk syarikat ‘buat duit’.

Tambahan pula, harga yang dijual juga agak keterlaluan untuk reka bentuk yang terlalu basic, sehingga mencecah RM143. Komen peminat kecewa,

  • Syarikat besar tapi staf semua takde idea.
  • Peminat mesti boleh buat lagi cantik dari ni.
  • Boikot boikot jangan beli!

Sementara itu, BLACKPINK akan memulakan konsert jelajah mereka pada 5 Julai nanti di Stadium Goyang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.