“Boikotlah hiburan yang melampau” – PU Syed Buat Teguran Terbuka Pasal MV Terbaru Dolla

Entertainment
8 Aug 2023 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas beberapa hari video muzik terbaru Dolla dengan lagu Damelo dimuat naik di saluran YouTube dan meraih 436K jumlah tontonan, ia telah membuatkan pendakwah PU Syed rasa terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka.

Teguran itu dibuat selepas dia menerima mesej daripada netizen terhadap pandangannya tentang pemakaian anggota kumpulan itu dalam muzik video tersebut.

 

Boikot perkara munkar – PU Syed

image is not available

Dalam perkongsiannya menerusi Instagram, PU Syed ada membuat pencarian Google mengenai ahli anggota kumpulan tersebut mendapati bahawa 2 daripada 4 anggotanya beragama Islam.

Dalam pada itu, PU Syed turut mempertikaikan pemantauan pihak berkuasa mengenai garis panduan pemakaian yang khasnya buat umat Islam, jelasnya penguatkuasaannya agak lemah.

“Apa yang menyedihkan peraturan dan undang-undang seolah-olah telah dibakul sampahkan, sedangkan setiap negeri mempunyai enakmen sendiri dalam isu pemakaian serta khasnya buat yang mencemarkan imej Islam.”

Jelasnya sebagai asatizah, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada mencegah umat Islam daripada terus hanyut dalam hiburan yang tidak kenal batas halal dan haram.

Dalam pada itu, PU Syed juga menyatakan bahawa pihak berkuasa dianggap lemah dalam menangani isu seumpama ini. Disebabkan itu. Beliau menggesa orang ramai agar terus boikot hiburan yang melampau seperti ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.