Bojan Ciger pula tinggalkan KDA FC

Football
18 Jan 2024 • 8:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Neftchi FC Ferghana mengumumkan Bojan Ciger sebagai pemain baharu mereka bagi musim 2024. Foto Neftchi FC Ferghana

KEDAH Darul Aman (KDA) FC kehilangan seorang lagi pemain berkualiti mereka apabila pertahanan tengah, Bojan Ciger sah menyertai Neftchi FC Ferghana yang beraksi di Liga Super Uzbekistan.

Perkara tersebut disahkan oleh kelab berkenaan yang berjaya mendapatkan khidmat pemain Serbia berusia 29 tahun itu.

Pengumuman di laman media sosial rasmi kelab berkenaan mengesahkan bahawa khidmat Bojan yang muncul antara pemain paling banyak beraksi pada musim 2023 bersama KDA FC dengan 25 perlawanan semusim tidak disambung kontrak oleh pasukan utara itu.

“Kami akan terus memperkuatkan pasukan bagi saingan musim baharu. hari ini, pemain berpengalaman Serbia, Bojan Ciger telahpun menandatangani kontrak bersama Neftchi dan akan beraksi di posisi pertahanan pasukan pada musim baharu,” katanya kelab tersebut.

Nama Bojan tidak asing lagi dI Liga Super Uzbekistan kerana pernah beraksi selama dua msuim bersama Navbahor Namangan sebelum menyertai KDA FC pada musim 2023.